..................................................................................... salam untuk pembaca blogku .....................................................................................

Tuesday, July 23, 2013

Selepas Tempoh Bertenang...

153 hari sudah berlalu....
meneruskan kelangsungan hidup yang di kelilingi ibu bapa dan adik-beradik...
alhamdulillah telah berjaya melepasi 'tempoh bertenang' selama 130 hari...
banyak yang saya pelajari sepanjang tempoh ini...
korang boleh baca kat blog Dr. Hasanah ...
kebetulan pulak nasib kami serupa...
cuma dia tengah hamil ketika itu....

selepas habis pantang, saya telah membawa Khalish pulang ke kampung papanya di Raub untuk jumpa Tokwan, Nenek, ibu dan bapa saudara dan sepupu-sepupunya... bukan main seronok lagi Khalish dapat jumpa mereka... bergitu jugalah mereka... sampai sahaja kami di sana, mereka menangis... menangis sebab dpt jumpa cucunya... tapi saya tidak menangis sebab sudah bersedia dengan keaadan ini... tahan selagi boleh  :)

cuma.........
apabila memjejakkan kaki je ke dalam rumah itu, hati sebak...
dalam hati berkata, "abang, kali ni Ana n Khalish balik tanpa abang....  "
dan InsyaAllah saya akan teruskan hubungan ini walaupun suami sudah tiada...
lagipun, ikatan Khalish dengan keluarga ini amat kuat memandangkan ia adalah sebelah keluarga lelaki dan Khalish sendiri lelaki...

3 hari 2 malam (Khamis - Sabtu) kami di sini...
pada mulanya nak balik naik flight sahaja...
tapi memandangkan banyak lokasi yang ingin dituju dan sebolehnya tidak mahu menyusahkan orang lain, saya dan Khalish naik kereta sahaja bertemankan CikSu iaitu adik saya sebagai co-pilot... terima kasih banyak2 ye CikSu kerna sudi temankan kami... nasib baik la juga kami ada pengalaman bawa kereta di Lebuhraya Timur-Barat yang jalannya berliku-liku yang lebih kurang sama dengan Lebuhraya Karak.. cuma bezanya Lebuhraya Karak kurang kilometernya dan jalan pun besar... kalau Lebuhraya Timur-Barat, masa yang diambil dari kaki bukit Grik ke Jeli sahaja sudah mengambil masa dalam sejam dan 1 lane sahaja.. cuma sesetengah tempat sahaja boleh memotong kenderaan lain... itu belum termasuk (kalu bernasib baik) terjumpa gajah dan anak-anaknya atau harimau melintas jalan....

sepanjang di Raub, kami dibawa ke bandar tersebut untuk memenuhi kehendak Khalish dan sepupu-sepunya yang ingin ke taman permainan... selepas itu kami mengisi perut n membasah tekak di Secret Recipe... dulu-dulu ketika arwah ada, kami ada juga ke sini... maka berlayarlah di ingatan saya tentang memori bersamanya yang mungkin hanya saya yang mengetahui bagaimana perasaan saya ketika itu....



seronoknya Khalish bermain dengan sepupu-sepupunya, Ezra & Aniq @ Taman Bandar Raub...


inilah ibu saudara yang dianggil 'memmy' (baju hitam) oleh anak2 saudaranya... dan juga digelar 'santa clause' sebab suka layan diorg beli mainan atau apa sahaja kehendak mereka...

Sabtu selepas makan tengahari, kami meminta izin untuk ke Seri Kembangan pula... diorang akan menyusul esoknya sebab adik ipar saya ada tugasan di sekolahnya hari itu... kami tiba di sana jam 7pm... rasa bersalah pulak dengan kakak angkatku sebab janji nak sampai sana sebelum maghrib untuk tolong diorang... tapi apekan daya... huhuhuh.... malam itu di rumahnya ada kenduri tahlil untuk arwah suami saya dan ibunya... ramai juga tetamu yang datang... dan sangat2 berterima kasih kepada ex-housemates arwah yang sudi menaja kenduri ni... begitu juga kakak angkat saya, KakAya dan KakSu yang memang banyak membantu... jasa korang semua akan saya kenang sampai bila-bila dan hanya Allah SWT yang dapat membalasnya... malam itu, kami bermalam di rumah KakAya .... banyak yang kami bualkan termasuklah saat2 arwah menghembuskan nafas yang terakhir.... menurut KakAya, arwah ditempatkan di dalam rumahnya di sepanjang malam itu sehingga selepas subuh sebelum van jenazah mengambil jasadnya untuk dibawa ke Putrajaya... terima kasih kakAya dan keluarga kerana 'memberi khidmat' sehingga jasadnya terbujur kaku sepanjang ketiadaan saya...



inilah kakak angkat saya, KakAya...


kawan saya, Wardah yang sudi hadir... terima kasih beb...
familiar tak muka dia? hehehehe....


2 mummy yang possing tanpa anak... gambar glowy la sangat nak kasi nampak cun sket... hahahah ;p


untuk pengetahuan pembaca, arwah suami saya menghembuskan nafasnya yang terakhir betul2 di gate rumah sewa kami dulu masa mula2 kawen... beliau disahkan terkena serangan jantung dan meninggal di tempat kejadian hanya 5 minit dari dia rebah yang bukan di pangkuan saya tetapi diribaan kawan serumahnya...

pada hari Ahad pula, kami bermalam di Putrajaya di rumah biras saya... keluarga mentua dari Raub pun ada di sana... bertambah meriah dan ramai apabila keluarga saya dari Penang pun ada yang kebetulannya bapa saya ada kerja di KL... terima kasih birasku yang dianggap sebagai kakak dan abg ipar yang banyak menolong kami dan masih melayan saya sebagai adik ipar... petang tu kami dibawa ke sekitar Putrajaya...


syiioookkknye depa @ Dataran Gemilang, Putrajaya....

Khalish dengan sepupu sepapatnya... Ezra (baju biru), Laila (baju merah), Aniq (seluar hijau), Adam (tengah mandi)

hari Isnin kami pulang ke Penang jam 8pm... cadangnya nak balik awal tapi ada hal yang tidak boleh dielakkan... bukan hal ape pun... kena teman mama saya di Sogo sepanjang ketiadaan bapa yang ada urusan kerja... hahahahaaa.... nasib baik jugalah Khalish hanya mahu bermain di playland kat tingkat 7 bangunan Sogo ni... ada la 5 jam dia dok dalam tu tak mau keluar... dan mummy sangatlah untung boleh shopping... cuma setiap sejam kenalah jenguk... karang lapar pulak anakku itu... tempat tu memang selamat untuk tinggalkan anak2... RM6/jam...

kami sampai Penang jam 1am... kali ni bawa kereta sorang2 memandangkan adik saya kena drive kereta bapa saya... jika dulu2 saya hanya jadi penumpang, nampak gayanya sekarang harus berdikari dari segala aspek... semoga Allah permudahkan segala urusan saya dan diberi umur yang panjang untuk melihat anak saya membesar walaupun tanpa papanya di sisi... insyaAllah mummy akan sentiasa kuat dan harus kuat untukmu Khalish............... doakan saya juga ye wahai pembaca blog SkafMerahHati  :)


1 comment:

Antara Yang Menarik...