..................................................................................... salam untuk pembaca blogku .....................................................................................

Showing posts with label sekadar berkongsi cerita. Show all posts
Showing posts with label sekadar berkongsi cerita. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Di manakah Cinta?

as-salam...
lama sungguh tak update blog ni...
kekangan masa untuk menaip ditambah pula perasaan malas ...
memang tak der laa....
tapi masuk facebook rajin pulak...
facebook hanya upload gambar je lorr....

ntah kenapa pulak harini rajin 'sign in' blog ni... ermmmm....

pagi ni ternampak blog 'Wardina' sebenarnya...
best baca.. 
macam2 cerita....
dan antara yang menarik adalah.....

silalah baca jika ada kelapangan....

~  senyum sokmo ~

Thursday, January 20, 2011

SUBWAY.. eat fresh...



korang pernah makan SUBWAY tak?
cuba tengok gambar kat bawah nih...
SUBWAY ni panjangnya 1 kaki...
bagus untuk siapa-siapa yang nak berdiet....
dan sangat sedap....
jangan lupa try yer....


flavour: subway melt...

simple jer kaunter dia...

pilih jer roti yang mana satu korang suka... biasanya kitorang pilih 'parmesan oregano'...

antara bahan-bahan untuk SUBWAY..

siap tunjuk menu lagi kat korang... tengok-tengok la yer...


Monday, January 17, 2011

Nak ikut gaya 2011?




Warna 2011

Sebelum teruja memilih busana apa untuk koleksi anda tahun ini, apa kata kita teliti dahulu rona 'in' 2011. Menurut satu kajian di laman web, pantone warna menjadi pilihan tahun ini adalah warna-warna pastel.

1) Pemilihan warna lembut boleh mempengaruhi emosi dan mood seseorang. 
Tahun 2011 menciptakan mood lebih tenang dan santai.

2) Gabungan warna senada dalam penampilan anda boleh memberitahu orang sekeliling mengenai personaliti anda.

3) Rona lama dan baru digabungkan untuk menghasilkan penampilan lebih segar. 
Penggunaan warna-warna seperti kelabu dan merah jambu pudar boleh digayakan dengan pemilihan rona yang senada lebih terang. 

Honeysuckle : Rona yang membawa sentuhan kemeriahan dan keceriaan. 
Warna gabungan merah jambu dan merah dalam penampilan dan solekan membuatkan anda lebih alive dan bertenaga. 

Coral rose : Jingga sofistikated, seakan-akan rona Beeswax, lebih kepada kuning madu menciptakan penampilan lebih segar. 
Juga romantik dan tenang dipandang. 

Gabungkan Beeswax dan Coral Rose untuk kelihatan lebih unik dan menawan.


Aksesori 2011
Tali pinggang kulit hitam dan rona keemasan. 

Sebahagian daripada aksesori tambahan wanita kini bukan hanya beg tangan malah tali pinggang juga menjadi pilihan terbaik. 

Gabungan aksesori seperti tali pinggang ini memeberi fokus pada potongan pinggang umpama bentuk hourglass.

1) Gaya stud kekal menjadi trend dan menonjolkan imej lebih ranggi
2) Corak kulit haiwan boleh disebatkan dengan pilihan blaus dan seluar polos atau kurang corak
3) Perincian berunsur besi pada tali pinggang tampak lebih menarik


Trend kasut 2011
 Hiking boot menjadi salah satu pilihan untuk menepati trend terkini. 
Sama ada pilihan but bertumit tinggi atau bertapak baji, dari perincian bulu atau kulit, hiking boot menawarkan pelbagai pilihan.


Tip Kenali Bentuk Tubuh

Potongan lurus atau tegak membuatkan anda nampak lebih langsing.
Pilih rona lembut pada bahagian atas dan gelappada bahagian bawah tubuh. Dengan  cara ini, warna terang lebih menarik perhatian dan warna gelap kurang diperhatikan. 
Untuk menjadikan bahagian punggung nampak lebih kecil, anda boleh menambah  bidang pada bahagian atas tubuh bagi menampakkan tubuh lebih seimbang. 
Contohnya,  pakai dres atau blaus dengan pelapik bahu yang kecil dan lembut, elakkan skirt yang  mempunyai lining sebaliknya pilih skirt A-line yang lembut.

.: sumber : www.nona.my :.


macamana pendapat korang???

aku suka dengan 'warna' dan 'tips kenali bentuk tubuh' tu... 
senang nak follow....
Coral rose - di kala hujung minggu
Honeysuckle - di kala menghadiri majlis kenduri

bab kasut...
aku simple jer....
pakai yang flet jer sebab senang nak berkejaran dengan anak tak kira di mana berada....

bab aksesori ...
aku jarang pakai aksesori kecuali ada majlis-majlis tertentu jer....



Sunday, January 16, 2011

Bercinta Di Hari Lahir ...





Amir merapati isterinya, Aisyah yang sedang berada di atas katil.
"Sayang, selamat hari lahir."
Aisyah tersenyum.
"Terima kasih, abang."
Amir berkata kepada isterinya, "abang ada hadiah untuk sayang.
Sayang kenalah tutup mata. Manalah tahu abang akan bagi emas dan permata kepada sayang, nanti silau pula mata sayang."
Aisyah tersenyum dan menutup matanya.
"Aisyah sudah tutup mata. Mana hadiah daripada abang?"
Amir menghulurkan bungkusan hadiah dan meletakkannya ke tangan Aisyah.
"Sayang boleh buka mata sekarang. Tengoklah hadiah yang abang berikan, istimewa untuk Aisyah, isteri abang yang tercinta."
Aisyah membuka matanya.
"Terima kasih, abang. Aisyah buka pembalut hadiah, ya."
Aisyah membuka balutan hadiah.
"Wah, ada buku untuk Aisyah. Terima kasih, abang. Hadiah ini amat bermakna untuk sayang. Sayang memang suka membaca buku."
Amir tersenyum dan bertanya kepada isterinya, "sayang tahu kenapa abang hadiahkan buku untuk sayang?"
Aisyah memandang suaminya.
Amir meneruskan kata-katanya.
"Buku adalah hadiah yang dapat dibuka berkali-kali.
Buku adalah hadiah yang sentiasa bertambah nilainya.
Sayang amalkanlah ilmu yang tertulis di dalam buku ini dan sayang akan mendapat lebih banyak manfaat dalam hidup sayang."
Aisyah mengangguk-anggukkan kepalanya sambil membelek-belek buku yang diterima itu.
"Ada kad di dalam buku ini."
Amir bertanya kepada isterinya, "kad daripada siapa, sayang?"
Aisyah memandang kad itu.
"Kad ini datangnya daripada suami Aisyah yang amat Aisyah cinta. Terima kasih, abang."
Amir bertanya kepada isterinya, "Aisyah suka dengan hadiah daripada abang?"
Aisyah memeluk buku yang diterimanya itu dan menjawab,
"Aisyah suka sangat dengan hadiah ini dan Aisyah sayang sangat kepada pemberi hadiah ini."
Amir bertanya lagi kepada Aisyah.
"Abang gembira sangat kalau dapat melihat Aisyah gembira.
Sayang, sayang sudah tidak mahukan hadiah lain?
Cukupkah sekadar dengan buku dan kad itu sebagai hadiah hari lahir sayang?"
Aisyah menjawab, "cukuplah dengan kasih sayang dan cinta daripada abang sebagai hadiah untuk Aisyah."
Amir tersenyum dan berkata, "betulkah sayang sudah tidak mahukan hadiah yang lain?
Kalau macam itu, siapa pula yang mahu memakai gelang emas ini?"
Amir mengeluarkan seutas gelang emas daripada poketnya dan menunjukkannya kepada Aisyah.
"Abang mahu menghadiahkan gelang emas ini kepada isteri abang, tetapi isteri abang sudah tidak mahukan hadiah lagi."
Aisyah terdiam sebentar dan memandang gelang emas itu.
Air mata tergenang di mata Aisyah. Aisyah menangis.
"Abang, Aisyah cintakan abang. Aisyah sayang sangat kepada abang."
Amir hanya tersenyum dan berkata kepada isterinya, "sayang janganlah menangis. Sayang menangis sebab bimbang kalau abang bagi gelang emas ini kepada orang lain, ya?
Gelang emas ini memang untuk Aisyah. Abang tidak akan bagi kepada orang lain.
Aisyah janganlah bimbang."
Amir memberikan senyuman kepada isterinya dan Amir merapati Aisyah.
"Sayang janganlah menangis. Air mata sayang lebih mahal daripada gelang emas ini.
Selamat hari lahir, sayang."
Aisyah menyapu air matanya dan memberikan senyuman kepada suaminya.
"Terima kasih, abang."
Amir memakaikan gelang emas itu ke tangan Aisyah.
"Alahai, cantiknya isteri abang. Selamat hari lahir, sayang.
Semoga seluruh umur kita akan diberkati oleh Allah dan semoga rumah tangga kita sentiasa diredhai oleh Allah."


.: sumber : www.iluvislam.com :.


aku tak boleh jadi macam Aishah rasanya....
sebab setiap kali birthday aku mesti request nak hadiah daripada cik abe ... 
orang lain tak bagi tak per....
tapi dia adalah WAJIB ....
eheheh.......

korang macamana pulak ?


Saturday, January 15, 2011

Mandi bersama?



korang pernah beraksi begini? ***wink *** wink...


Pernahkah anda mandi bersama-sama isteri anda?
Kalau belum, anda patut mencubanya.
Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri.
Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri.
Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam - manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :
"Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. 
Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.
Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;
"Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)

Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. 
Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. 
Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata.
Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam.

Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai senda, dan berseronok.
Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-gurau. 
Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).

Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang amat menyeronokkan. 
Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim. 
Dalam hal ini, Ummu Salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Menurutnya, peristiwa ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa (Mushad Ahmad : 25355).

Demikianlah hebatnya cinta Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam. 
Kita sebagai umatnya amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran. 
Jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam menyuburkan kasih melalui mandi bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya. 
Alangkah malangnya jika perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk mencontohi amalan Rasulullah SAW ini dalam rumahtangga kita sendiri.

Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam.
Mandi bersama ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami.

Bagi suami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.
Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama.
Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua keluarga.
Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini.

Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. 
Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. 
Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

Demikianlah pedoman berumahtangga yang dipetik dari kehidupan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam. Mudah-mudahan rakan-rakan semua terdorong untuk mengikuti jejak insan mulia ini dalam usaha untuk mengukuhkan institusi rumah tangga. Moga kita semua dirahmati Allah SWT.


.: sumber : www.iluvislam.com :.


of course la aku pernah....
ahaksssssss.......


Perbaharui azam cinta tahun 2011...



bawah 18 tahun... jangan tengok... ehehehe.....


1) Paling penting anda suami dan isteri mestilah mempunyai niat perkahwinan yang baik.
Dengan izin dari-Nya, suasana-suasana yang indah akan mudah dijalinkan. 
Banyakkan berdoa kepada Allah SWT.
2) Berterus teranglah dan luahkan apa yang terpendam di hati. 
Jangan terlalu memendam perasaan. 
Mungkin pasangan anda tidak tahu atau mungkin memang dia sengaja tak mahu tahu, tetapi yang penting berterus teranglah.
3) Belajarlah untuk berkorban semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan pasangan.
Jangan mudah marah tetapi amalkan sifat mudah memaafkan pasangan.

4) Jangan terlalu mengongkong pasangan anda. 
Mereka juga mempunyai hak untuk bersosial bersama teman-teman serta dan masyarakat.
5) Komunikasi juga memainkan peranan yang cukup penting dalam membentuk hubungan romantik di antara suami isteri. 
Perbanyakkan pujian, nasihat yang penuh hikmah agar kata-kata yang diucapkan tidak menyinggung perasaan pasangan.

6) Semua kerja rumah tidak seharusnya dibebankan di bahu seorang individu sahaja. 
Kerja-kerja rumah merupakan kerja kolektif antara suami isteri.

7) Sebagai seorang suami, perkara yang jarang dilakukan ialah memberikan penghargaan yang istimewa kepada isteri. 
Ianya boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti suami seperti mengajak isteri bersama “candle light dinner” atau memberikan hadiah penghargaan khas.
8) Apabila keluar bersantai, beriadah mahupun bersiar-siar, amalkan berpegangan tangan kerana ia akan merangsang emosi dan memberikan keyakinan.

9) Fikirkan perkara yang positif seperti rumahtangga yang dihiasi dengan suasana kasih sayang, romantik dan hilai tawa bersama keluarga.

10) Hubungan seksual yang sihat dan sempurna mampu mengekalkan keseimbangan seterusnya mencambahkan suasana romantik dan kasih sayang antara suami dan isteri.

11) Perkara yang jarang dilakukan  walaupun dengan percuma dan mudah tapi sangat berkesan iaitu amalkan senyuman ketika pulang dari kerja. 
Banyakkan sentuhan seperti di bahu, kepala, tangan dan sebagainya.

12) Jangan mengungkit perkara yang sudah lepas.
Lebih-lebih lagi jika ia sudah diselesaikan oleh anda berdua.
Tidak wajar untuk menyimpan perasaan dendam dan benci terhadap pasangan kerana ia akan merugikan anda kelak.
13) Suami atau isteri mestilah menegur setiap kesilapan yang dilakukan antara mereka, bukannya bersekongkol. 
Berikan teguran dengan penuh hikmah dan bijaksana.

14) Jika anda berdua sudah mempunyai anak, didiklah mereka sejak kecil lagi untuk menghargai kasih sayang ibu dan bapa.

15) Wujudkan hubungan bukan sekadar sebagai pasangan suami isteri bahkan seperti teman karib yang cukup rapat agar segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah dan bijaksana.
romantik kan? ...
 ~ peringatan untuk diriku jua ~
 

Thursday, January 13, 2011

Jagalah Hati Pasangan Anda...



masihkah anda berpegangan tangan ketika berjalan selepas kawin? ehehehe.....


PASANGAN adalah ‘sahabat’ kita yang paling rapat dan setia.
Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.
Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya.

Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain. 

Dari segi penampilan pula, ramai yang mengambil kesempatan dengan tidak menjaga diri atau paras rupa kerana mereka tahu hakikatnya mereka sudah mempunyai pasangan yang akan menerima mereka walau apa pun yang terjadi.

Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati.
Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain.

Penulis berminat untuk berkongsi satu ungkapan daripada tokoh motivasi tersohor negara, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, ujarnya; “Jika mahu diri disayangi, beri kasih sayang kepada orang dahulu”...
Maksud lain yang dapat penulis simpulkan di sini ialah, jika kita mahu dihargai pasangan, maka kita harus memberikan yang terbaik kepada mereka barulah kita akan mendapat kebaikan yang sama juga.

Sesuai dengan topik kita cantik luaran dan dalaman, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah berhemah apabila berbicara, tampil dengan rupa yang menarik dan bersih serta menjaga hati pasangan dengan baik.

Bagi yang mahu berubah namun tidak tahu caranya, panduan di bawah mungkin boleh membantu.

Pertama: Paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi yang baik

Seringkali kita mengabaikan komunikasi yang baik dengan pasangan.
Kata ganti nama diri seperti aku dan kau digunakan dalam perbualan harian, padahal lebih molek jika panggilan seperti ‘sayang’ atau ‘abang’ digunakan kerana itu boleh memupuk kemesraan.

Seperti persahabatan, pasangan yang baik perlu komunikasi yang jujur.
Perlu bersedia untuk memberi pandangan, nasihat menasihati bila keadaan memerlukan.
Jika salah seorang ingin meluahkan masalah, seorang lain perlu mendengar dengan baik.

Jangan pula cuba masuk campur dalam urusan pekerjaan dan keluarga jika tidak diminta.
Jika ada yang berkecil hati, pastikan disuarakan dengan baik untuk mengelakkan salah faham yang lebih buruk.


Kedua: Anda dikehendaki menjadi pendengar yang setia

Bila pasangan anda dilanda masalah sebagai contoh di tempat kerja, bersedialah untuk menjadi pendengar dan jangan sesekali mengadili pasangan anda itu walaupun sebenarnya anda tahu bahawa dia yang punca masalah itu.
Apa yang perlu ialah dengar dan beri nasihat secara umum sahaja.


Ketiga: Memastikan bahawa anda tidak bertepuk sebelah tangan

Maknanya bukan anda sahaja yang menganggap pasangan anda itu perlu dihormati, malah dia juga perlu menghormati anda.
Jika ada sahabat lain yang mengutuk pasangan anda di belakangnya, andalah orangnya yang penuh yakin untuk menjadi pembela pasangan anda itu.
Tetapi jika memang pasangan anda melakukan kesalahan, terus-teranglah bahawa anda tidak selesa dia melakukan begitu, pilih perkataan yang sesuai untuk menegur dan tegurlah dengan berhati-hati agar tidak mengecilkan hatinya.
Seringkali kita mendengar rakan kita mengomel tentang bentuk tubuhnya yang semakin berisi dari hari ke hari.
Perkara yang amat lazim terjadi kepada wanita itu seperti lumrah terutama selepas melahirkan anak.
Memang ia amat merisaukan namun apa yang penting selain kerisauan itu ialah tindakan segera yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut.


Keempat: Laburlah sedikit wang 

untuk penampilan anda, tak kira sama ada untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, berbaju baru dan sebagainya semuanya ada harga yang perlu dibayar.
Namun percayalah ia adalah satu pelaburan yang baik demi perhubungan anda.
Tapi tidak kira sama ada anda lelaki atau perempuan perlulah sama-sama mengambil berat tentang penampilan anda.
Kebersihan harus dijaga dan perlu amalkan disiplin diri.
Pilihlah pakaian yang kemas dan pastikan anda melakukannya ikhlas untuk pasangan anda.
Jangan bila hendak ke kenduri atau berhari raya baru hendak bergaya. Sepatutnya bergayalah di rumah kerana ada mata dan perasaan yang lebih penting untuk dijaga.

:: sumber : feryco.com ::

~ sekadar berkongsi cerita ~


Tuesday, January 11, 2011

buleh buat duit dengan blog?




ermmmm.....
dah banyak kali dengar "buleh buat duit dengan blog" ni.....
cuma tak reti jer nak apply macamana.....

tapi kan....
ramai jugak di kalangan kawan-kawanku ini dapat cek dari nuffnang tu kan? ...
camana korang dapat sampai ribu-ribu tu eh? ...
share la sket....
aku pun nak jugak....
ehehehe......

cuba tengok gambar kat bawah ni....
alangkah bahagianya kalu dapat duit macam tu kan.....
tapi rezeki tu tak datang bergolek pun kalu dok diam je....
betul tak????

kalu dapat duit cenggini, tiap-tiap hari aku gi shopping... shop till drop!!! ehehehe.....



Friday, November 12, 2010

Rahsia Anak Pintar Dari Perspektif Islam...

Petang ni lepas siap kerja opis untuk harini...
berpeluang baca artikel ni...
sungguh bermakna dan dapat banyak maanfaat daripadanya...
sila klik tajuk di bawah untuk pembacaan yang lebih lanjut ye...


INFO: Tip untuk ibu bapa
  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.

  • Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.

  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran. 

Antara Yang Menarik...