..................................................................................... salam untuk pembaca blogku .....................................................................................

Wednesday, July 17, 2013

Suamiku Dalam Kenangan...

salam Ramadhan 1434H...

setahun lebih tak jenguk blog ni...
masih ada rupanya....


harini tergerak hati untuk BERKONGSI cerita dengan korang ....
di awal tahun 2013 saya sudah dikejutkan dgn 3 perkara yang sangat menyedihkan...
yang paling menyedihkan adalah saya telah kehilangan suami tercinta pada 20 Februari 2013 @ pagi Rabu...
nukilan ini bukanlah untuk meratapi pemergian arwah tetapi hanya sekadar untuk berkongsi cerita kepada sesiapa sahaja yang sudi atau terjenguk blog ini......


tetapi jika masih ada yang menganggap ia seperti saya seolah-olah tidak berdoa atau merintih pada Allah SWT... suka hati korang lah... perlu ke saya bagitahu yang saya baru lepas solat dan sudah berdoa sambil menangis teresak-esak? sesungguhnya sesiapa yang hanya pernah berada di tempat saya mengetahui ape yang dirasa........

arwah suami saya bekerja di sekitar KL sejak tahun lepas (2012)... kami adalah pasangan PJJ (percintaan jarak jauh)... sehari sebelum arwah tinggalkan saya dan anak lelakinya, Khalish iaitu pada 19 Februari @ Selasa, arwah ada mengadu sakit kepala dan tidak ke opis haritu... tetapi di sebelah petangnya dia gagahkan juga diri ke sana... orang dah nak meniggalkan dunia ini dapat merasai akan keadaan itu... begitu jugalah suami saya... petang tu dia jumpa semua kawan2 yang mana rapat dengannya sehinggalah jam 1.20am, Rabu, 20 Februari 2013... jam 1.22am dia menelefon saya macam biasa jika sudah sampai di rumah sewanya... malam tu dia tak cakap banyak macam biasa... tapi di akhir perbualan kami dia kata, "abang penat ni, nak masuk tido" ... rupa2nya dia nak tido terus sejurus berbual dengan saya itu jam 1.30am... betol2 lepas cakap dengan saya... sayalah orang terakhir yang dia hubungi... sungguhhhhh... saya tidak langsung mengesan apa2 perubahan yang pelik terhadap dirinya......

tetapi jam 2.30am baru saya diberitahu tentang permergiannya setelah paramedik mengesahkan kematian... sewaktu menerima panggilan daripada kakak angkat merangkap jiran sebelah rumah arwah, memang tak percaya... sesaat kemudian baru terpikir... tak kan pasal mati orang nak main2 kan... terhamburlah segala tangisan di dalam bilik tidur kami yang arwah tinggalkan... syukur masa tu saya tidak histeria terpekik terlolong... terus menelefon bapa saya untuk memaklumkan perkara ini tetapi dia lebih awal mengetahuinya.... saya pun tidak tahu bagaimana bapa saya boleh tercegat di depan pintu rumah sebab gate masih berkunci... rupanya dia panjat je dengan adik2 saya... saya ambil masa sejam untuk bertenang sebelum kami bertolak ke KL untuk mengambil jenazah dan dikebumi di Penang... saya sangat bersyukur sebab keluarga mentua tiada halangan untuk kebumi jenazah anaknya di sini... mungkin mereka memikirkan anak kami, Khalish supaya sentiasa dekat dengan papanya......

saya tiba di Masjid Besi Putrajaya di mana jenazah akan dimandi dan dikafankan jam 8am... suasana suram toksah cakap la... semua dalam mood sedih... ramai sedara-mara arwah n kawan2nya datang untuk ziarah... setibanya saya dalam bilik di mana arwah suami ditempatkan, Ya Allah!!!! saya terjelopok di situ... nasib baik ada biras n makcik saya sempat pegang saya... saya menangis semahu-mahunya... hanya Allah yang tahu betapa sedihnya menatap suami yang tidak akan kembali di sisi isteri dan anaknya buat selama-lamanya.........

setelah selasai urusan mandi, kafan dan disolatkan di Masjid Besi, jenazah dibawa pulang ke Penang jam 10.30am... hanya saya n mentua menaiki van jenazah tersebut di mana posisi saya pada keika itu adalah di bahagian kaki arwah... ibunya di sebelah kepala dan bapanya di tengah2... manakala Khalish balik dengan Tokbahnya... sepanjang perjalanan, saya berusaha untuk tabahkan diri, sabarkan hati......

jam 3pm kami sampai di rumah ibu bapa saya... jenazah dibawa masuk ke dalam rumah sementara menunggu ketibaan sedara-mara, kawan2 dari KL dan urusan di kubur... masuk je dalam rumah, saya mulai longlai kembali tatkala melihat ibu saya dari jauh yang turut merasai kesedihan ini... sekali lagi tangisan saya terhambur di situ... semua yang berada dalam rumah itu turut menangis... bersimpati dengan apa yang telah berlaku pada saya mungkin... atau jiwa mereka juga takut melihat kematian...... sesungguhnya mati adalah benar... sebelum jenazah dibawa ke masjid, sekali lagi saya sempat mencium dan memeluk arwah suami untuk kali yang terakhir... sedaya upaya menahan dan menyapu air mata daripada terus mengalir sebelum menciumnya... dipesankan begitu agar tidak menyiksa arwah jika air mata kita melekat padanya nanti... pada ketika ini juga ramai yang menangis dan sebak... kali ini Khalish tidak mencium papanya sebab tengah ralit bermain dengan sepupu2nya... tak apalah... tadi dia sudah berbuat demikian ketika di Masjid Besi Putrajaya......

selepas solat asar, jenazah suami saya dibawa sekali lagi ke Masjid Jamek Teluk Air Tawar untuk disolatkan... alhamdulillah ramai yang bersolat di sini... saya tidak melepaskan peluang untuk melihat jasad untuk kali terakhir sebelum dimasukkan ke dalam liang lahad... dalam hati berkata... "kita akan jumpa di syurga nanti ye abang dan ana akan jaga Khalish baik2, InsyaAllah" ........

tatkala penggali2 kubur menimbuskan tanah, Khalish berkata... "mummy, kenapa diorang pijak2 papa.. nanti sakit lah papa kat dalam tu"... luluh hati ibu mendengar ayat begitu... apelah yang si kecik berumur 5 tahun ni tahu... yang dia tahu papa dia dah tak ada dan masih berharap papa dia akan pulang di hujung minggu macam biasa... kemudian membawanya outing... nasib baik Khalish tidak menangis waktu ni... kalau lah dia menangis, saya rasa semua yang berada di kubur masa tu akan turut 'banjir'... setelah talqin selesai dibacakan, masing2 melangkahkan kaki meninggalkan kawasan kubur... sudah tentunya saya orang terakhir meninggalkan kubur itu... ucapan salam diberi sebelum saya turut sama melangkah pergi.........

harini.... 17.7.2013 @ Rabu genap 147 hari pemergian suami saya... Ramadhan kali ini tanpanya di sisi... walaupun abang semakin jauh daripada kami, abang sentiasa dalam hati yang telah meniggalkan momen2 indah dalam hidup kami berdua... semoga arwah tenang dan bahagia di sana, dalam golongan yang diredhaiNya dan di kalangan ahli syurga....

AL-FATIHAH.....



6 comments:

  1. Menangis ayu baca cerita ana ni. Ya Allah, kau tabahkan lah hati sahabatku ini supaya dia terus cekal dan yakin membesarkan anaknya dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  2. TQ ayu sbb sudi membacanya dan titipkan doa utk kami... ayu yg membacanya boleh menangis inikan pula ana yg taip... :)

    ***kenapa blog ayu tkleh terjah eh? dari semlm lagi...

    ReplyDelete
  3. Mekna..adako mulut jahat ...teruk betul!

    ReplyDelete
  4. aku tak tahu ape yg diorg pikir wanie...
    niat aku cuma nak share ape yg aku rasa bknnya merintih meratap pilu... tp itulah yg diorg paham... rasanya kalu dlm fb aku xder ckp sebegitu rupa...
    cuma bleh aku kata, diorg xder kat tempat aku ...
    tapi kalu post 'x sempat habiskn semayg terawih kt masjid sbb anak merengek' bleh pulak post kt fb... hahahaha.... padahal balik je la rumah sambung buat kat rumah....

    ***sorry tetiba meroyan.. ko tanya sepatah aku jawap berpatah2 :p

    ReplyDelete
  5. hahahahha..betul tuh na...kadang2 diorang tuh ingat nak bagi nasihat (lah konon2) tapi tuhla jgn ingat, kita nih kenkonon baik dengan dia, dia boleh sesenang bagi statement yang boleh buat kita terasa hati....

    kene pikir juga, if bende tuh jadi kat kita.....and kene fikir positif sentiasa apa yang orang tulis kat FB tuh kan

    ReplyDelete
  6. Sabar ya sis...sy pon br kehilangan suami..bkn hanya suami,ank lelaki berumur 5 tahun turut meninggal...
    Betul la tu..hanya yg pernah alami sahaja yg faham..

    ReplyDelete

Antara Yang Menarik...