..................................................................................... salam untuk pembaca blogku .....................................................................................

Monday, January 17, 2011

Nak ikut gaya 2011?




Warna 2011

Sebelum teruja memilih busana apa untuk koleksi anda tahun ini, apa kata kita teliti dahulu rona 'in' 2011. Menurut satu kajian di laman web, pantone warna menjadi pilihan tahun ini adalah warna-warna pastel.

1) Pemilihan warna lembut boleh mempengaruhi emosi dan mood seseorang. 
Tahun 2011 menciptakan mood lebih tenang dan santai.

2) Gabungan warna senada dalam penampilan anda boleh memberitahu orang sekeliling mengenai personaliti anda.

3) Rona lama dan baru digabungkan untuk menghasilkan penampilan lebih segar. 
Penggunaan warna-warna seperti kelabu dan merah jambu pudar boleh digayakan dengan pemilihan rona yang senada lebih terang. 

Honeysuckle : Rona yang membawa sentuhan kemeriahan dan keceriaan. 
Warna gabungan merah jambu dan merah dalam penampilan dan solekan membuatkan anda lebih alive dan bertenaga. 

Coral rose : Jingga sofistikated, seakan-akan rona Beeswax, lebih kepada kuning madu menciptakan penampilan lebih segar. 
Juga romantik dan tenang dipandang. 

Gabungkan Beeswax dan Coral Rose untuk kelihatan lebih unik dan menawan.


Aksesori 2011
Tali pinggang kulit hitam dan rona keemasan. 

Sebahagian daripada aksesori tambahan wanita kini bukan hanya beg tangan malah tali pinggang juga menjadi pilihan terbaik. 

Gabungan aksesori seperti tali pinggang ini memeberi fokus pada potongan pinggang umpama bentuk hourglass.

1) Gaya stud kekal menjadi trend dan menonjolkan imej lebih ranggi
2) Corak kulit haiwan boleh disebatkan dengan pilihan blaus dan seluar polos atau kurang corak
3) Perincian berunsur besi pada tali pinggang tampak lebih menarik


Trend kasut 2011
 Hiking boot menjadi salah satu pilihan untuk menepati trend terkini. 
Sama ada pilihan but bertumit tinggi atau bertapak baji, dari perincian bulu atau kulit, hiking boot menawarkan pelbagai pilihan.


Tip Kenali Bentuk Tubuh

Potongan lurus atau tegak membuatkan anda nampak lebih langsing.
Pilih rona lembut pada bahagian atas dan gelappada bahagian bawah tubuh. Dengan  cara ini, warna terang lebih menarik perhatian dan warna gelap kurang diperhatikan. 
Untuk menjadikan bahagian punggung nampak lebih kecil, anda boleh menambah  bidang pada bahagian atas tubuh bagi menampakkan tubuh lebih seimbang. 
Contohnya,  pakai dres atau blaus dengan pelapik bahu yang kecil dan lembut, elakkan skirt yang  mempunyai lining sebaliknya pilih skirt A-line yang lembut.

.: sumber : www.nona.my :.


macamana pendapat korang???

aku suka dengan 'warna' dan 'tips kenali bentuk tubuh' tu... 
senang nak follow....
Coral rose - di kala hujung minggu
Honeysuckle - di kala menghadiri majlis kenduri

bab kasut...
aku simple jer....
pakai yang flet jer sebab senang nak berkejaran dengan anak tak kira di mana berada....

bab aksesori ...
aku jarang pakai aksesori kecuali ada majlis-majlis tertentu jer....



4 comments:

  1. xreti la fesyen ni heheh pakai hop mano ado jah heheh

    p/s: eli x ajin lg beli online tudung fareeda tu sbb tkt x ok tep..nk kena try sediri heheh

    ReplyDelete
  2. suka pakaikan anak2 aksesori..sebab nampak sweet..ibu nya?? suka pakai barang kemas jer....hehe

    ReplyDelete
  3. lynn: u r welcome :D

    ely: hok aloh... awk tu ana tgk berfesyen-fesyen doh eh.... n ely sokmo jugak kenakan baju yg ala-ala berkemban tu n pakai inner tuh.. ambo tok reti wehhhh.... ahaks....tp mmg sesuai dgn org kecik molek mcm ely ni...
    tu la... ana sebenarnya tak pernah beli ape2 barangan online nih... sbb sere tok puah hati getek tokleh try....

    ayu: ahaaa,,.... sama lah kita.... kalu budak2 pakai mmg sweeet je...

    ReplyDelete

Antara Yang Menarik...