..................................................................................... salam untuk pembaca blogku .....................................................................................

Saturday, January 15, 2011

Perbaharui azam cinta tahun 2011...



bawah 18 tahun... jangan tengok... ehehehe.....


1) Paling penting anda suami dan isteri mestilah mempunyai niat perkahwinan yang baik.
Dengan izin dari-Nya, suasana-suasana yang indah akan mudah dijalinkan. 
Banyakkan berdoa kepada Allah SWT.
2) Berterus teranglah dan luahkan apa yang terpendam di hati. 
Jangan terlalu memendam perasaan. 
Mungkin pasangan anda tidak tahu atau mungkin memang dia sengaja tak mahu tahu, tetapi yang penting berterus teranglah.
3) Belajarlah untuk berkorban semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan pasangan.
Jangan mudah marah tetapi amalkan sifat mudah memaafkan pasangan.

4) Jangan terlalu mengongkong pasangan anda. 
Mereka juga mempunyai hak untuk bersosial bersama teman-teman serta dan masyarakat.
5) Komunikasi juga memainkan peranan yang cukup penting dalam membentuk hubungan romantik di antara suami isteri. 
Perbanyakkan pujian, nasihat yang penuh hikmah agar kata-kata yang diucapkan tidak menyinggung perasaan pasangan.

6) Semua kerja rumah tidak seharusnya dibebankan di bahu seorang individu sahaja. 
Kerja-kerja rumah merupakan kerja kolektif antara suami isteri.

7) Sebagai seorang suami, perkara yang jarang dilakukan ialah memberikan penghargaan yang istimewa kepada isteri. 
Ianya boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti suami seperti mengajak isteri bersama “candle light dinner” atau memberikan hadiah penghargaan khas.
8) Apabila keluar bersantai, beriadah mahupun bersiar-siar, amalkan berpegangan tangan kerana ia akan merangsang emosi dan memberikan keyakinan.

9) Fikirkan perkara yang positif seperti rumahtangga yang dihiasi dengan suasana kasih sayang, romantik dan hilai tawa bersama keluarga.

10) Hubungan seksual yang sihat dan sempurna mampu mengekalkan keseimbangan seterusnya mencambahkan suasana romantik dan kasih sayang antara suami dan isteri.

11) Perkara yang jarang dilakukan  walaupun dengan percuma dan mudah tapi sangat berkesan iaitu amalkan senyuman ketika pulang dari kerja. 
Banyakkan sentuhan seperti di bahu, kepala, tangan dan sebagainya.

12) Jangan mengungkit perkara yang sudah lepas.
Lebih-lebih lagi jika ia sudah diselesaikan oleh anda berdua.
Tidak wajar untuk menyimpan perasaan dendam dan benci terhadap pasangan kerana ia akan merugikan anda kelak.
13) Suami atau isteri mestilah menegur setiap kesilapan yang dilakukan antara mereka, bukannya bersekongkol. 
Berikan teguran dengan penuh hikmah dan bijaksana.

14) Jika anda berdua sudah mempunyai anak, didiklah mereka sejak kecil lagi untuk menghargai kasih sayang ibu dan bapa.

15) Wujudkan hubungan bukan sekadar sebagai pasangan suami isteri bahkan seperti teman karib yang cukup rapat agar segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah dan bijaksana.
romantik kan? ...
 ~ peringatan untuk diriku jua ~
 

No comments:

Post a Comment

Antara Yang Menarik...